Monday, August 29, 2011

Salam Merdeka Raya


kepada semua blogger.. sahabat2.. dan kepada sesiapa aje yg menyinggah blog aku nih.. aku ucapkan

.
.
.
.
.
.
.
.



terasa cepat sangat RAMADHAN kali ini berlalu.. dan terasa sayu semacam ja.. Semoga kita semua diberkati & dirahmati oleh ALLAH hendaknya.. dan mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan RAMADHAN yang akan datang..

** mtk maaf la lama x update.. aku bz gile & skang plak tgh mabok todi.. huhu

Thursday, July 14, 2011

mari kita lipat bajuuuu

abang tengah tunjuk bakatnya tolong umi lipat baju....


tadaaaa... jadila ... senget benget pun kira ok la utk permulaan kan...
.
.
.
.
.
.
.
adek pun x nak ketinggalan tunjuk bakat dia jugak...


jadik bulat2 ye?.. men gulung je budak bertuah dua orang nih..

ujung si umi nk kena buat semula.. (no pics ok.. hahaha)

Wednesday, July 6, 2011

nyum nyum!!!`

laksa bukan feveret aku.. tp yg ni bila dah kena.. memang dh di konsider sebagai makanan feveret..

meh jamu mata dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


memang besh.. kuah pekat.. cukup rasa... rugi kalo x try

ni nama kedai tu..kedai ni kat jalan gangsa, alor setar ye kawan2..
(mintak izin tuan kedai ye nk promo.. eheheheh)




husband yg x makan laksa.. tp layan cendol yg memang kaw2 habes...





sedap kan? kan?..




si abang pun bedal gak laksa.. tp "laksa bogey"..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaaaaaaaaaaaaaa


licin beb!!!~

** ape lagi.. moh le try.. x terliur ke..




Monday, July 4, 2011

amanah yang tidak ternilaii...




ni abang.. Akiff Hakimi.. masa ni umur dia 5 bulan ++.. baru bangun tidoq nih..



ni plak si adek.. Aisya Nur qistina.. time ni pun lebeh kurang umur 5 bulan ++ gak..

chubby dua dua..

skrang...
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dua2 slim.. aihh... banyak main sampai makan pun depa nak men men..

apa2 pun.. depa ni la amanah & anugerah yang ternilai daripada Allah kepada aku & suami..

semoga Akiff & Tina menjadi anak anak yang baik, cerdik, soleh solehah, beriman, menghormati orang tua dan dilindungi sentiasa oleh Nya ~ amin

Friday, July 1, 2011

peghasap keta!


aha!!... hangpa ingat keta xleh penghasap ka?.. ingat bomoh2 aje ke yang bleh main asap2 nih..

hahahaha

aku layan aje keja2 peghasap keta ni kat kedai cuci keta kat area jalan putera nun.. ntah apa ntah mamat tu kata.. nak buang bakteria ka apa..

dek malaih nk dengaq.. aku kata ok aje..

ni nama menatang nak peghasap tuh..



&

ni la keadaan keta aku masa di proses



baeeekkkk punya asap.. mau lemaih dok dalam tuh


bila dah setel... bleh tahan asapnya.. & baunya...

adakah bakteria bleh mati kalo buat menatang nih?.. try la.. caya atau tak tu terpulang la kat hgpa..

(^____________^)v

jalan2 ke Bukit Merah




ni masa event JALAN2 ke BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT.. aku namakan as JALAN2.. bukan FAMILY DAY.. hahaha.. lagi havoc kot..

so.. yang attend event ni.. aku & femili aku.. & staff2 di kedai aku.. yang x dapat nak join.. si fiza & fizie.. sebab depa ada komitment lain.. ayah mak & family aku yang lain pun x dapat nak join..

so.. gmbaq aku memang x nak upload banyak.. biar aje jadi memori yang besh utk aku & staff2 yg lain..

p/s: oOOo budak2 kedai.. hgpa memang besh la!!!~~

planning for end of year.. langkawi island.. be prepared u olsss!!!~ (^____________^)v


Tuesday, May 17, 2011

tangled oh rapunzel..

kesah anak dara kecik aku yang amat fanatik dengan cita TANGLED atau RAPUNZEL.. sampai mintak aku & papa dia cari baju tu.. pueh aku carik baju "kakak" dia sampai ke Penang.. tup tup .. jumpa di Uptown kat Stadium masa aku jalan2 kat Karnival Hari Penyayang hari tu.. so dia keciwi la jap.. eh.. x kejap aih.. ciwi sampai hari hari nak pakai baju tu.. asai kering je pakai.. asai x dan nak kering.. terpaksa aku "iron"kan.. hai.. tina.. tina..



**ni masa first day dapat..


** nak gi taska pun baju ni..


** otw nk g umah tok.. siap bawak cd lagi.. mau di ulangnye cita tu sampai 4,5,6 kali tu nanti..


memang budak pompuan besaq ni suka ngn kartun ala2 barbie tu kot no.. heheh.. sampai kadang2 aku n asben pun tompang sekaki layan cita tu..

besh woo... korang layan la tengok.. memang katun tu kiut sangat.. suke sangat aku tgk art diorang nih..

**.. ok ok .. kesah si abang akan menyusul plak lepas nih.. kesahnye denan koleksi ultraman & power rangers nya pulak...


Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!!~~

**pic ~ credit to Google

Selamat Hari Guru kepada Semua GURU.. tak kisah la samada title GURU anda apa.. Semoga sihat sejahtera dalam meneruskan perjuangan anda dalam memimpin dan mendidik anak bangsa supaya menjadi generasi yang hebat pada masa hadapan

TERIMA KASIH GURU!!!!!!!!!~~~~~~~~~~~

Thursday, May 5, 2011

Al Fatihah

sedih, sayu, sebak, hiba, kecewa.. macam2 rasa bila aku ikuti kisah tragedi mati lemas 3 beradik nih.. sebab mereka sebaya dengan anak aku.. Allah lebih sayangkan mereka dan hakikat ini kita kena terima dan redha atas pemergian si kecil..

memang aku tak dapat nak bayangkan perasaan ibunya kerana tidak sempat berjumpa dengan anak2.. tapi sebagai ibu.. aku turut rasa tempias kesedihan yang di alami oleh Wan Azleela. semoga ibunya serta keluarga tabah menghadapi dugaan ini..






Semalam, mayat Nursyaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Nursyaza Azera, 4, ditemui pada jam 10.20 pagi.

Bagaimanapun, mayat Shakinah belum ditemui sehingga petang semalam dan operasi mencari masih diteruskan.
**sumber: Harian metro

dan pesanan dari aku:

boleh tak kalau tak pegi ke tempat-tempat macam tu?.. cari la tempat lain @ sentiasa awasi anak2 supaya benda macam ni tidak terus berulang.. ( walaupun AJAL MAUT itu suma ketentuan Allah.. kita perlu dan terus berusaha untuk mengelakkan dari kejadian seperti tersebut)

Sama-sama lah kita hadiahkan Al-Fatihah buat anak-anak ini.. AL-FATIHAH

Wednesday, May 4, 2011

Nur Kasih The Movie (Official Trailer)



aku ada ajak husband aku nak tengok movie ni nanti .. 19 mei katanya bakal di tayang.. dia kata tak nak.. boley?.. sebab dia kata cita ni sedey je.. uwaaaaaaaaa......... aku nak gak pi tengok...

Tuesday, April 26, 2011

awat mesti mcm ni ek?



as salam semuaa...

tetiba rasa nak berkongsi satu cita plak.. al kisahnya.. semalam aku and de family ni singgah le makan di sebuah "PEKAN WEDNESDAY" ni.. korang mesti tau kan tempat yg selalu famous masa nak raya & jugak masa bukan nak raya..

ada la satu kedai nih.. not to mention.. aku gi tengok2 menu kat situ.. tp c abang dah buat keputusan nk duduk kat meja yang ditakdirkan bukan meja yang kami dok tenung2 menu tu.. bila kami tanya.. "sama ka bang ngan orang sebelah".. brader tu angguk je.. so aku rasa macam sama la kot..

bila makan yang di oder dah sampai.. tengah makan.. ada sorang makcik nih (dari kedai sebelah)..mintak nak tukaq kerusi si tina tengah duduk.. (kerusi "2 tingkat" yang di"compile"kan jadi 1 sebagai "baby chair" gitu).. and aku tengah nampak kedai tu tengah nak "closing".. kan ke kastemer tengah makan?.. elok ke tak?..

macam ni ke cara orang melayu berniaga makan ek?.. dok sebelah2 pun berkira & tak nak bersatu?.. kerusi bukan hakmilik pun bleh jadi isu?.. tak bley ke di biarkan kastemer makan sampai abeh dulu baru bleh amek kerusi tu?..

cetengok bangsa lain?.. elok je dok sebelah2.. siap tolong2 lagi..

** korang pikirla sendiri...

Thursday, April 21, 2011

sian anak kucin nih



kat kedai aku .. ada la mak kucing mana ntah tinggalkan anak2 kucing 4 ekoq.. kecik lagi... ntah2 dalam seminggu lebih kot umoq dia.. dok teriak macam panggil mak dia ja... siannn

budak2 kedai siap tolong jaga anak2 kucing tu.. si fiza siap bagi c anak2 kucing tu minum susu.. & letak depa elok2 dalam kotak.. tapi malam depa letak kat luaq..

isk isk isk.. apa la si mak kucing nih.. x reti jaga anak ke?.. letak anak merata2 ja.. pi jupa 'bopren' baru kot..

** tapi at least anak2 kucing tu hidup.. celik & nampak dunia.. tak macam mak2 & pak2 yang tak berhati perut.. main buang anak suka2 ati lepas tu biaq mati.. mana la sifat perikemanusiaan hgpa ni.. insaflah.. anak2 tu berhak nak hidup.. kot x mau.. pi la bagi kat orang yang nak sangat anak.. (reti buat.. x reti nk tanggung..)

Tuesday, April 19, 2011

tam drive rabbitku ilang (~_~)



sob sob.. mcm ne lak leh ilang nih?.. sume bender ada dalam tu.. las aku ingat masa aku angkat si rabbit tu sekali ngn si hitam & si lumbu aku.. n letak atas meja.. pastu aku x angkat pi mana2 dah..

nk buat keja.. tgk2 ilang plak si rabbit pink nih.. waaaaaa.... mintak2 la jumpa nanti.. sbb firasat aku kata memang ada terselit di kedai...

waaaa... rabbit .. rabbit... jumpa la hang esok...

Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 3 - Jozan [better quality]

semalam rasa nk tgk maharaja lawak nih.. (aku pun x sure betul ke x siaran dia hari jumaat..).. sebab aku tak pernah layan.. tengok dalam YouTUbe aje.. punya la semangat nak tengok live di astro.. tup tup.. asben aku kata.. mana ada dah.. dia men kat astro warna.. nak kena purchase dulu baru bleh tengok..

aiseh.. program dapat rating tinggi macam ni pun nak kena gi langgan channel baru plak?.. memang saja la kan?.. kalo orang yang teringin nak tengok tapi tak mampu nak bayaq lebih2.. macam mana nak buat tu..

ahaa.. gini caranya.. walaupun tengok lambat.. janji dapat tengok.. udah...

so .. untuk minggu ke 3 ni.. JOZAN yang terbaek.. so aku post yang ni ja la dulu.. nabil tu lain kali plak ye.. x pun nanti krang pi je terjah kat You TUbe tu..

layannnsss...

Friday, April 15, 2011

Hukum Menyusukan Anak Lebih Dari 2 Tahun



si adek dah nak masuk 2 tahn 6 bulan.. tp still bf aku.. dah macam cara aku buat (x termasuk guna pemerah ke calit di situ @ letak benda pahit ke).. dia still nak.. tp malam aje la.. time nak tidoq.. kalo x bagi.. dia mula nk wat perangai.. aku jadi kesian pun ada.. so bagi la.. cek punya cek punya cek.. aku terjumpa di blog ni.. mungkin ini buleh jd rujukan kpd sesiapa yg masih bf anak yg dh berumur lebih 2 thn

Soalan:
Oleh: Karina:

Salam Ustaz, tempoh penyusuan ibu menurut islam adalah 2 thn utk anaknya jika dia mampu; Soalan saya: Apakah hukumnya jika ibu menyusukan anaknya lebih dari 2 thn? terima kasih ustaz

Jawapan:

Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan si suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.
sumber dari: http://bin-sahak.blogspot.com/2009/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html)

Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun? Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

(sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm)

Napija ~sahabatku...

tersenyum sendirian bila pikirkan ada sahabat aku sorang ni.. nafiza namanye.. bertungkus lumus catkan umahnye dengan kaler merah.. waaahhh... cantek siot... merah campoq kelabu katanya (berdasarkan gambaq yg dia postkan dalam fb dia)..

aku kata.. ghajin minah sorang nih.. ujung2 minggu ada aktiviti sehat & nak kuarkan peluh.. x macam aku.. aku ni x ghajin nak wat keja2 cat ni.. aku ghajin kemaih2.. aku ghajin cuci2.. bab nk kebun2 tu nk kena tgk mood... agak2 mcm dah semak 'kebun kecik' aku tu baru aku 'tebaih'nye..

ahahah.. bleh gitu..

lama dh x jumpa ngn makcik nih.. asai dia balek.. aku saja wat2 sebok di kedai.. asai dia ada di aloq setaq... aku dok tang len.. haih.. bila la bleh nk jumpa & gosip2 nih..

o kawan.. o sahabat.. o makcik.. agak2 bila la nak ketemu?.. agak bila bleh nk luch together2.. ahahah.. ayat FRENS FOREVER dah xdak bagi aku.. cuma ayat ni ja aku tanamkan & sematkan dalam diri aku dalam2..

"SAHABAT SUSAH SENANG DUNIA AKHIRAT"..

makaseh le jadi sahabat utk org poyo mcm aku nih.. wahahah (^_^)

Thursday, March 31, 2011

nak tukaq template


bagi org baruu mcm aku.. sure pening pala mcm mana nak tukaq template blog nih.. dh try godek2.. tp abeh serabut jadiknye.. so.. ujongnya.. aku guna template asal balek..

tapi.. tiada sifat putus asa bagi aku..

yess... blog ni akan berubah wajah jugak nanti.. tunggu ye...

pepagi khamis!!~~

di kala hgpa suma sedang asik lena dibuai mimpi2 yang indah2 belake.. mata aku masih blom mengantuk.. n terus mengupdate blog ni.. so.. ni tips senama yg hgpa bleh praktikkan depan pc.. (sbb korang kan kaki tenet.. sure ada dah yg tau senaman ni kan?..).. meh le pakat try masa kat depan pc korang nt.. sure besh!~


aku just copy dari intenet jugak..(^_^)v

aik?.. tetiba si kucing ni pun nak join sama?..


eyah!~... eyah!~...

aiseh.. dah pukul 3 pagi ghupenye.. esok nak keje.. penat dh le.. so.. aku jupa korang esok la ye?.. esok ada BIG DAY!!~~~

selamat malam (^_^)v

semalam di KUIN



kawan2.. ni la KUIN.. (bagi sesapa yang x tau la.. sesapa yang tau.. dok senyap2).. hehe
malam semalam aku ke KUIN.. ada majlis ilmu yang diberi tajuk.. "MAJLIS BUCARA GURU".. intipatinya berkenaan kupasan dari Surah Al Anfal.. ayat ke 60

aku ke sana dgn akiff.. sbb asben kena bawak YM.. so.. aku ok aje..

lama menunggu.. tengok2.. YM x dapat datang.. sebab kurang sehat.. asben aku dari pagi tadi dah bagitau yang YM demam n kurang sihat.. ermm.. x dak rezeki nak dengar bicara dari Tuan Guru..

tapi aku masih dapat ilmu yang dikongsi oleh Pak Yan (YDP PSSCPH Cawangan Kedah).. yang berkonsgi mengenai perjuangan dan penekanan dalam silat oleh Almarhum Ustaz Hanafi & Tuan Guru sendiri..

dan... aku juga berpeluang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Hafis dari KUIN.. tajuknye?... hehe.. aku kurang pasti tajuk.. tp intipatinya aku dh sematkan dalam2 dalam diri aku..

satu je yang aku x tahan..



SEJUK!!!~~~ weh.. ekon kuat bebeno.. x tahan la utk org keding mcm aku nih.. xdak lomak!!~~.. hahaha)

kepada Tuan Guru yang dikasihi.. semoga cepat sembuh.. dan kembali sihat sepenuhnya..



amin

Wednesday, March 30, 2011

hairan??




heran la aku.. ada fesbuk.. ada blog.. ada macam2 "social network".. tapi digunakan sesuka hati untuk mencaci/mengata/memaki hamun org?..

janganla fikir kita tu betul.. org je salah.. sapa kita tu nk hukum org dengan sesuka hati mengata org sana sini dekat public?..

ke.. mmg golongan ni suka nk cari publisiti @ kontroversi murahan?.. hahaha..

kan ke lagi elok postkan entry2 yg bleh dikongsi infonye dengan org.. ermm.. dapat pekdah n pahala.. kan?..

**note: malas layan golongan "senget otak" macam nih..

Tuesday, March 29, 2011

Rahmat Hujan



Hujan adalah rahmat Allah, Jangan dicela datangnya, terimalah dengan penuh syukur dan sabar, persiapkan diri menerima rahmat Allah

Sungguh sangat sayang sekali, setiap orang sudah mengetahui bahawa hujan merupakan kenikmatan dari Allah Ta’ala. Namun, ketika hujan dirasa mengganggu aktivitinya, timbullah kata-kata celaan dari seorang muslim seperti "Aduh!! hujan lagi, hujan lagi.. susahla macam ni.. nak keluar pun susah". Sungguh, kata-kata seperti ini tidak ada manfaatnya sama sekali, dan tentu saja akan masuk dalam catatan amal yang jelek kerana Allah berfirman:

“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Qaaf : 18)

Bahkan kata-kata seperti ini bisa termasuk kesyirikan sebagaimana seseorang mencela makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa seperti masa. Hal ini dapat dilihat pada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Allah Ta’ala berfirman, ‘Manusia menyakiti Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Aku-lah yang mengatur malam dan siang menjadi silih berganti.’ “ (HR. Bukhari dan Muslim). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Janganlah kamu mencaci maki angin.” (HR. Tirmidzi, beliau mengatakan hasan shohih)

Dari dalil di atas terlihat bahawa mencaci maki masa (waktu), angin dan makhluk lain yang tidak dapat berbuat apa-apa, termasuk juga hujan adalah terlarang. Larangan ini bisa termasuk syirik akbar (syirik yang mengeluarkan seseorang dari Islam) jika diyakini makhluk tersebut sebagai pelaku dari sesuatu yang jelek yang terjadi. Meyakini demikian berarti meyakini bahwa makhluk tersebut yang menjadikan baik dan buruk dan ini sama saja dengan menyatakan ada pencipta selain Allah. Namun, jika diyakini yang menakdirkan adalah Allah sedangkan makhluk-makhluk tersebut bukan pelaku dan hanya sebagai sebab saja, maka seperti ini hukumnya haram, tidak sampai derajat syirik. Dan apabila yang dimaksudkan cuma sekedar pemberitaan, -seperti mengatakan, ‘Hari ini hujan deras, sehingga kita tidak bisa berangkat ke masjid untuk shalat’-, tanpa ada tujuan mencela sama sekali maka seperti ini tidaklah mengapa. (Lihat Mutiara Faedah Kitab Tauhid, 227-231)

Perhatikanlah hal ini! Semoga Allah selalu menjaga kita, agar lisan ini banyak bersyukur kepada-Nya atas karunia hujan ini, dan semoga Allah melindungi kita dari banyak mencela.



dan aku memang suka hujan.. sebab sejuk je.. xdak pun nak terasa aktiviti terbatas ke apa.. janji.. enjoy & syukurrrr...

Monday, March 21, 2011

fb vs blog

fb @ blog.. yg mn penting?.. atau penting ke?.. bagi aku kalo digunakan sebaik mungkin memang la penting..

tapi?..

macam mana plak kalo laman sosial tu digunakan untuk memaki hamun @ menjatuhkan maruah org @ menfitnah org?..

jangan macam tu.. ALLAH kurniakan kita akal n cukup sifat sebagai Khalifah Allah di muka bumi ni bukan untuk melakukan perkara-perkara yang mendatangkan sia-sia..

ujung.. suma itu akan jadi saksi di sana..

jadi.. gunakanlah kemudahan laman sosial yg hgpa ada suma itu dengan sebaik-baiknye ye...

renung-renungkan & selamat beramal...

Tuesday, March 15, 2011

yeszzaaa!!~~



hari nih ka.. kat tempat aku carik makan kan... 1st time aku dapat print job dengan jayanya.. walaupun tergelincir jugak.. (waaaaaaaaaaaaa.... jenuh aku kena potong gaji ngn boss sebab aku terprint silap!!!~~~)

tapi yang besh nye kan.. aku rasa puas bila dapat tengok hasil sendiri.. x sangka plak skang aku keja bidang nih.. sbb akar umbinya aku amek kelas perdaangan masa SPM.. pastu aku termasuk skolah pondok amek pita n ukoq-ukoq bangunan tepi jalan.. alih-alih di sini rezeki aku..

hmm.. tapi aku layan je.. happy dengan keja skang.. oh ye!~ sbb bos aku bagi amanah kat aku utk run keja.. so packed giler aku minggu nih.. mau idak.. dateline suma nak sama je.. haha.. tp aku menten rilek.. tenang2kan diri dulu.. minum2 dulu.. haha..

wat keje kena dengan fun.. kalo suma pakat dok masam n tension.. pakat dok komen tu x kena.. ni x kena.. n nak ikot pala sendiri tanpa nk rujuk pada org yg lebih arif.. maka keja pakat tak jadi.. p la keja kat mana2 pun.. sama ja..

yg penting..

Monday, March 14, 2011

terpikir jap



korang mesti penah jadi hal2 yg x sepatutnya jadi kan?.. manusia biasa.. kot mana pun akan terkena tempiasnya ka?.. sama la aku.. kalo aku x mem'bz'kan diri aku, mau gak bleh migrain aku nih..

terkilan?.. memang aku terkilan.. sebab macam2 kata nista & makian di belakang aku.. tapi Alhamdulillah.. dah itu cara dia gunakan lidahnya untuk berkata2 perihal macam tu.. nak buat macam na.. kadang2 aku tergelak sendiri sebab perangai macam budak2 walaupun golongan ni anggap macam profesional gitu.. hehe.. aku cuma tolong doakan kebaikan depa sudahhh...

malas la nak cite lebih2.. sebab aku bukan suka aibkan sapa2 dalam blog ataupun fesbuk ataupun secara open.. tu bukan aku..Ajaran Guru & Mak Ayah aku adalah untuk menjaga aib orang.. biaq aku simpan elok2 n kunci mulut ni rapat2..

Allah itu Esa.. Dia Yang Maha Mengetahui Segala2nya.. sapa kita ni nak jatuhkan hukum kat orang?.. sapa kita ni nak nilaikan baik buruk orang?..layak kah?.. baik kita nilai diri kita nk jadi makin hari makin elok.. selebihnya biaq Dia yang uruskan..

aku ni tak kesah pu.. tapi jangan sampai hilang sabaq sudahhh...

conclusion nya?...

.
.
.
.
.
.
.
.

Thursday, March 10, 2011

letih+penat=messy

2,3,4,5 kali menjak nih.. aku dah mula kelam kabut.. dah la sedia kalut.. bertambah2 la kekalutan kat aku nih

sebab aku dah jadi bidan terjun utk cover keja as a designer.. wahhhh.. gitu.. 'designer' tak bertauliah pun..

n start dari situ.. aku banyak tangguhkan keja aku sendiri .. bidang tugas aku..yang sepatutnya aku buat.. & mengakibatkan aku jadi mcm kat bawah nih



malas la nk letak gambaq meja sendiri kan.. ni ala-ala macam aku la.. baru nak setel 1 job.. dah kena pegang job lain.. tak buat.. mis soru.. aku bukan ada gaji tetap bulan-bulan macam korang.. & aku bukan orang senang.. so.. ni la life aku..

dahtu.. aku ni plak style nk siapkan keja cepat2.. smpai time makan pun aku tolak ketepi.. bekfes pun aku x amik.. lunch pun koi 5 ptg!!~.. waahh.. sian perut aku.. n aku ni memang nak carik nahas la nih.. tapi .. tak pe. janji aku tak susahkan orang kalau aku jatuh sakit pun..


penat la... jari aku pun dah letih nak taip.. aku nak rehat serehat rehatnya sampai badan aku dah ok..

jumpa lagi kawan-kawan!!~`

Tuesday, March 8, 2011

lega badanku

tetiba semalam aku tingin nk jumpa akak bidan ni.. kak izan nama dia.. nk jupe dia utk apa?.. sure la nk urut badan aku.. mak aih.. sejak 2 3 4 menjak nih.. badan aku abeh sakit.. mau idaknye?.. aku kan dah jadik superwoman.. hahah.. kalo dlm citer superman.. sure badan dia x sakit.. sbb dia kan ada kuasa..

aku ni manusia biasa aje.. sakit2 badan tu normal la kan beb?..

so .. mlm tadi tercapaila hasrat aku nk pi urut.. akak bidan tu kata urat aku cekang abeh sbb banyak dok wat keja.. ala.. kak.. x keja mana nak mai duet.. hehehe

budak2 x ikut ke?.. hehe.. budak2 kecik itu aku dh antaq kat umah mak aku dh ptg tadi.. so.. depa 2,2 tidoq sana.. hubby aku lak ke kelas training SCPH di POLIMAS.. so.. aku gi la sengsorang lepas dh koling2 akak tu dari smlm..

besh siot urut ni.. rasa lega n ringan sgt bdn ni kan?.. tu blom pi SPA.. (nk kira bajet2 dulu nih baru bleh nk pi..)... errmm.. las aku urut masa kat umah kak dah kat guaq dulu.. tu pun x ingat bila.. mau x sakit kalo dh dibiaqkan lama.. xkan nak tunggu bersalin je kot?.. heheh

so.. tu je cite aku mlm ni.. dah dah.. aku nk siapkan design plak..karang org nk tgk esok aku x siapkan.. mis soru la aku nt..

selamat malam kawan2 blog sume... sweet dreams.. take care

Sunday, March 6, 2011

...at last!!~~...

yeeeehhaaa...!!!~~~ akhirnya aku dpt wat design sendiri... alaa.. sesapa2 yg dh terer tu x yah kutuk2 ok..

ni hasil design berkaler aku



ok x?

aku blajaq sendiri ja.. sbb xdak sapa yg bleh nk tlg ajarkan kat aku.. wahaha.. ("unwanted registered designer" kat luaq sana.. sure kata.. eleh.. mcm ni je design?..melambak yg sama mcm ni.. men tiru2 n tempek je ke??).. ye la.. mmg aku tempek.. n aku wat reference dr internet.. dan mcm ni la hasil yg aku dh berjaya buat.. walaupuan x tera mana.. tp aku bangga siot....

satu ja aku x reti2 nk guna lagi.. "adobe photoshop".. & lagi skali "unwanted registered designer" kt luar sana akan kata.. eleh.. yg ni pun x reti.. haha.. so ada aku kesah?.. xdek hal la.. yg penting aku nk blajaq.. walaupun aku rasa dah terlambat.. tp aku ok je..

janji aku puas.. n aku x kacau org..



yg penting.. aku happy!!~~...

Wednesday, March 2, 2011

tina demam

semalam.. agak2 dlm koi 11 mcm tu.. aku tgh siapkan keja aku.. tgk2 penuh dekat sekerat cadar tilam denga muntah tina!!~.. dia merengek je la.. pastu aku bila aku setel2 hal dia. lap2.. basuh mulut dia.. kasi basah pala (org kata jelum pala).. kasik minum ayaq suam.. kasi minum ubat demam siap2.. sementara nk tgu papa dia balek dri POLIMAS.. dia senyap sat..

pas papa dia smpai.. terus ngadu tu kata "adek demam".. pastu dok kapok papa la.. (biasa la anak pompuan kan manja ngn ayah dia kan?..)

aku sian tgk tina mcm tu.. sbb dia jarang demam.. tp skali demam mmg complete set la .. mai skali muntah n cirit..

slalu dia la yg paling suka makan.. pagi tadi aku tnya dia x mau makan papa.. aku siap pesan kat teacher dia kalo2 dia muntah lagi ka @ merengek lagi ka.. soh kol aku... tp ok plak ...

ptg.. aku n hubby bwk p makan nasi + sup ayam @ gerai GBS.. (tau x kt mana?.. kat jalan suka menanti tuu).. dia still x mau makan.. abg seperti besa.. makan cara dia la.. xpenah nk makan banyak n habis pun..

mak aku kol.. aku gtau dia.. tina demam.. terus nk pi umah tok.. ngn abang2 sekali nak ikut.. so .. aku ok aje.. jadi kiranya malam ni.. abg n adik lepak umah tok.. n esok pagi aku bawak bekal nk pi skolah la pulak... masa kol tanya mak aku tadi.. tina dh mcm ok.. siap makan ayam kentaki.. pakcik dia belikan.. c abang?.. lepak umah kakak.. menyembang katanya.. hehe

demam nk muleh apa la tu?.. ni mesti nk muleh cakap teruih (mak aku kata la..).. papa pun.. UMI SAYANG TINA.. UMI SAYANG ABANG.. sbb umi bawak tina & abang dari sebelum tina & abang lahir lagi.. **isk isk.. syahdu plak..

Tuesday, March 1, 2011

bila budak skolah wat karangan

agak2 hgpa.. dulu hgpa mcm nih x?.. mesti ada kenangan yg lawak yg besh masa kita skolah2 dulu kan?.. kalo aku ada copy esei @ keja skolah hat dulu.. sure aku tempek kat sini.. tp mana nak ghobek dh kan?..

haha.. ni antara esei budak skolah yg aku copy n tempek je.. mmg ada yg lawak.. smpai cikgu yg peksa esei depa pun lawak.. (tp jenuh penin pala cikgu tu kalo anak murid depa mcm nih.. hehe).. tp terbaek lah depa nih..








jgn gelak.. x baek.. senyum xpe.. senyum tu kan sedekah org kate..



sampai jupe lagi!~