Tuesday, April 26, 2011

awat mesti mcm ni ek?



as salam semuaa...

tetiba rasa nak berkongsi satu cita plak.. al kisahnya.. semalam aku and de family ni singgah le makan di sebuah "PEKAN WEDNESDAY" ni.. korang mesti tau kan tempat yg selalu famous masa nak raya & jugak masa bukan nak raya..

ada la satu kedai nih.. not to mention.. aku gi tengok2 menu kat situ.. tp c abang dah buat keputusan nk duduk kat meja yang ditakdirkan bukan meja yang kami dok tenung2 menu tu.. bila kami tanya.. "sama ka bang ngan orang sebelah".. brader tu angguk je.. so aku rasa macam sama la kot..

bila makan yang di oder dah sampai.. tengah makan.. ada sorang makcik nih (dari kedai sebelah)..mintak nak tukaq kerusi si tina tengah duduk.. (kerusi "2 tingkat" yang di"compile"kan jadi 1 sebagai "baby chair" gitu).. and aku tengah nampak kedai tu tengah nak "closing".. kan ke kastemer tengah makan?.. elok ke tak?..

macam ni ke cara orang melayu berniaga makan ek?.. dok sebelah2 pun berkira & tak nak bersatu?.. kerusi bukan hakmilik pun bleh jadi isu?.. tak bley ke di biarkan kastemer makan sampai abeh dulu baru bleh amek kerusi tu?..

cetengok bangsa lain?.. elok je dok sebelah2.. siap tolong2 lagi..

** korang pikirla sendiri...

Thursday, April 21, 2011

sian anak kucin nih



kat kedai aku .. ada la mak kucing mana ntah tinggalkan anak2 kucing 4 ekoq.. kecik lagi... ntah2 dalam seminggu lebih kot umoq dia.. dok teriak macam panggil mak dia ja... siannn

budak2 kedai siap tolong jaga anak2 kucing tu.. si fiza siap bagi c anak2 kucing tu minum susu.. & letak depa elok2 dalam kotak.. tapi malam depa letak kat luaq..

isk isk isk.. apa la si mak kucing nih.. x reti jaga anak ke?.. letak anak merata2 ja.. pi jupa 'bopren' baru kot..

** tapi at least anak2 kucing tu hidup.. celik & nampak dunia.. tak macam mak2 & pak2 yang tak berhati perut.. main buang anak suka2 ati lepas tu biaq mati.. mana la sifat perikemanusiaan hgpa ni.. insaflah.. anak2 tu berhak nak hidup.. kot x mau.. pi la bagi kat orang yang nak sangat anak.. (reti buat.. x reti nk tanggung..)

Tuesday, April 19, 2011

tam drive rabbitku ilang (~_~)



sob sob.. mcm ne lak leh ilang nih?.. sume bender ada dalam tu.. las aku ingat masa aku angkat si rabbit tu sekali ngn si hitam & si lumbu aku.. n letak atas meja.. pastu aku x angkat pi mana2 dah..

nk buat keja.. tgk2 ilang plak si rabbit pink nih.. waaaaaa.... mintak2 la jumpa nanti.. sbb firasat aku kata memang ada terselit di kedai...

waaaa... rabbit .. rabbit... jumpa la hang esok...

Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 3 - Jozan [better quality]

semalam rasa nk tgk maharaja lawak nih.. (aku pun x sure betul ke x siaran dia hari jumaat..).. sebab aku tak pernah layan.. tengok dalam YouTUbe aje.. punya la semangat nak tengok live di astro.. tup tup.. asben aku kata.. mana ada dah.. dia men kat astro warna.. nak kena purchase dulu baru bleh tengok..

aiseh.. program dapat rating tinggi macam ni pun nak kena gi langgan channel baru plak?.. memang saja la kan?.. kalo orang yang teringin nak tengok tapi tak mampu nak bayaq lebih2.. macam mana nak buat tu..

ahaa.. gini caranya.. walaupun tengok lambat.. janji dapat tengok.. udah...

so .. untuk minggu ke 3 ni.. JOZAN yang terbaek.. so aku post yang ni ja la dulu.. nabil tu lain kali plak ye.. x pun nanti krang pi je terjah kat You TUbe tu..

layannnsss...

Friday, April 15, 2011

Hukum Menyusukan Anak Lebih Dari 2 Tahun



si adek dah nak masuk 2 tahn 6 bulan.. tp still bf aku.. dah macam cara aku buat (x termasuk guna pemerah ke calit di situ @ letak benda pahit ke).. dia still nak.. tp malam aje la.. time nak tidoq.. kalo x bagi.. dia mula nk wat perangai.. aku jadi kesian pun ada.. so bagi la.. cek punya cek punya cek.. aku terjumpa di blog ni.. mungkin ini buleh jd rujukan kpd sesiapa yg masih bf anak yg dh berumur lebih 2 thn

Soalan:
Oleh: Karina:

Salam Ustaz, tempoh penyusuan ibu menurut islam adalah 2 thn utk anaknya jika dia mampu; Soalan saya: Apakah hukumnya jika ibu menyusukan anaknya lebih dari 2 thn? terima kasih ustaz

Jawapan:

Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan si suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.
sumber dari: http://bin-sahak.blogspot.com/2009/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html)

Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun? Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

(sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm)

Napija ~sahabatku...

tersenyum sendirian bila pikirkan ada sahabat aku sorang ni.. nafiza namanye.. bertungkus lumus catkan umahnye dengan kaler merah.. waaahhh... cantek siot... merah campoq kelabu katanya (berdasarkan gambaq yg dia postkan dalam fb dia)..

aku kata.. ghajin minah sorang nih.. ujung2 minggu ada aktiviti sehat & nak kuarkan peluh.. x macam aku.. aku ni x ghajin nak wat keja2 cat ni.. aku ghajin kemaih2.. aku ghajin cuci2.. bab nk kebun2 tu nk kena tgk mood... agak2 mcm dah semak 'kebun kecik' aku tu baru aku 'tebaih'nye..

ahahah.. bleh gitu..

lama dh x jumpa ngn makcik nih.. asai dia balek.. aku saja wat2 sebok di kedai.. asai dia ada di aloq setaq... aku dok tang len.. haih.. bila la bleh nk jumpa & gosip2 nih..

o kawan.. o sahabat.. o makcik.. agak2 bila la nak ketemu?.. agak bila bleh nk luch together2.. ahahah.. ayat FRENS FOREVER dah xdak bagi aku.. cuma ayat ni ja aku tanamkan & sematkan dalam diri aku dalam2..

"SAHABAT SUSAH SENANG DUNIA AKHIRAT"..

makaseh le jadi sahabat utk org poyo mcm aku nih.. wahahah (^_^)