Monday, January 31, 2011

Prinsip Akhlak Dalam Bekerja

as salam..

hari ni aku nk share sket ttg "prinsip akhlak dalam bekerja" yang aku petik dari website motivasi pekerjaan.. utk suma pekerja.. x kira pekerja makan gaji @ pekerja carik makan sendiri..

“Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.” - Hamka

Kata-kata nasihat dari Hamka sangat dalam jika difikirkan. Betapa akhlak dapat membantu seseorang pekerja berada di atas landasan profession yang betul dan berintegriti. Kerja dengan akhlak tidak akan timbul persoalan tentang curi masa, tuang kerja, kerja sambil lewa, tugasan tertunggak dan pelbagai sifat negatif yang lain kerana akhlak meliputi etika kerja secara automatik.

Akhlak bukan sahaja menjaga peribadi anda dalam bekerja, bahkan akhlak yang baik adalah tanda hubungan anda dengan Allah dan hubungan anda dengan manusia juga dijaga dengan baik.

so .. kepada anda di luar sana.. & pesanan untuk diri aku jugak.. renung2 kan & selamat beramal !!~~

No comments: