Saturday, February 26, 2011

dah.. pi dok jauh jauh,,,

2.. 3.. minggu lepas aku mcm ni...



makin aku pikiaq.. makin aku konpius n bertambah beban.. n bertambah tambah lagi la input negatif masuk kt pala aku..

skang nih...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


dh heppi.. sbb sgala 'bebanan' n 'input negatif' dah aku halau jauh2.. dah dah.. pi dok tang len.. aku x terima dah benda2 mcm nih..

n aku nk berkongsi & nikmati hidup yang ALLAH bagi kat aku ni dgn org2 tersayang aku.. & dgn sahabat aku..



p/s: enjoy di jalan ALLAH ye.. jgn enjoy mcm dlm filem AKU MASIH DARA tu.. huhu

Friday, February 25, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa (Official Bahasa Malaysia Trailer)



filem yang dinanti-nantikan.. Hinayat Merong Mahawangsa.. tgk trailer dia pun dh best.. dashyat gile CGI yang bro KRU ni buat.. **thumbs up!~

bag organiser

kepada kawan2 yang rasa beg depa tu mcm beg doraemon .. meh le carik beg mcm nih.. mugkin ada yg dh ada.. yg ni aku beli kat guardian.. sbb aku ternampak ada kat situ.. kat giant pun ada.. ni yg untuk otg yg under bajet mcm aku la..




aku just amek tag kat beg tu n post kat entry ni.. xnak la amek gmbaq beg sendiri kan sbb nt akan ada 'kata-kata' di belakang..well.. manusiaa...

mmg berkesan sgt2 bila nk tukaq2 beg.. so.. x la selerak lagi beg korang ye.. selamat mencuba!~

Thursday, February 24, 2011

apa yg kamu nampak?



Cuba lihat 3 titik di tengah-tengah kalimah Allah selama 10 saat,
kemudian cuba anda lihat dinding kosong berhampiran anda selama 10 saat..

Subhanallah... rasa sangat kagum dgn kurniaan yg beriNya... Sungguh Indah Sekali...
Syukur padaMu Ya Allah...

Wednesday, February 23, 2011

Perumpamaan orang yang mengumpat

as salam..

entry yang menarik untuk dikonsi bersama.. aku copy aje dari sini..renung2kan & selamat beramal.......
http://www.layarsukses.com/tazkirah/juahi-sifat-mengumpat/




Perbuatan suka mengumpat akan ada dalam diri seseorang. Setiap masa mesti ada saja benda yang ingin dikatakan mengenai orang lain. Kadang-kadang ianya sangat bahaya kerana ia boleh menjadi satu tabiat yang sukar untuk dibuang dalam diri apabila sudah biasa melakukannya. Menurut Imam al-Ghazali, ada 6 sebab mengapa seseorang itu suka mengumpat iaitu:

1) Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dengki dan dendam.

2) Suka mendengar dan mengikuti perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.

3) Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.

4) Disebabkan hasad dengki, dia berasa iri dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya.

5) Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kelemahan dan kecacatan orang lain.

6) Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah kepada orang lain.

Sifat suka mengumpat ini hendaklah dibuang dalam diri seseorang. Jika ianya ada dalam diri kita maka cepat-cepatlah kita buang ia dari dalam diri kita supaya kita tidak mendapat dosa perbuatan mengumpat ini. Imam al-Ghazali seterusnya menyarankan ada lima perkara yang boleh dilakukan untuk menghentikan sikap suka mengumpat iaitu:

1) Mesti sedar dan insaf bahawa mengumpat itu berdosa.

2) Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “syurga adalah bagi orang yang membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang lain”.

3) Hendaklah berasa malu terutama apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan orang lain seolah-olah mencela Tuhan yang menciptakannya.

4) Hendaklah insaf dan sedar sebagaimana dia berasa tersinggung dan sakit hati apabila perlakuannya dan peribadinya dijadikan bahan umpatan.

5) Menguatkan iman kerana secara tidak langsung akan mengelakkan lidah daripada suka mengumpat.

Sebagai rumusan, perbuatan mengumpat hendaklah dibuang supaya dijauhkan dari dosa. Malah, perbuatan suka mengumpat juga adalah sangat dibenci oleh sesiapa sahaja. Sebagai orang islam kita hendaklah menjauhkan diri dari membuka dan bercerita mengenai keaiban dan kesalahan orang lain di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Monday, February 21, 2011

jangan jaga tepi kain org.. sipi sipi pun xleh

entry kali ni aku nak share sket ngn hgpa suma.. renung2kan & selamat beramal...

6 SiFaT MaHMuDaH, HiNDaRi BuRuK SanGKa
*Cukup apa yang diberikan
*Tidak pentingkan duniawi
*Menyimpan rahsia
*Lambat marah
*Berani
*Pemaaf

Hindari Sifat Buruk Sangka

PERBUATAN memburuk-burukkan seseorang tanpa mengetahui kebenaran tuduhan dan prasangka itu adalah sifat terkeji. Mereka yang melakukannya adalah dari kalangan yang tidak mencintai keharmonian dan kesejahteraan hidup.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara mara.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis itu, Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Kesan perbuatan itu membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain timbul daripada perasaan tidak puas hati dan dengki khianat. Ia melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku. Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan.

Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya. Ia bukan dengan mengada-adakan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu kepada seseorang.

Akibat daripada perbuatan itu, perasaan dendam akan terus berpanjangan antara yang menuduh dan yang kena tuduh. Mereka ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan orang kena fitnah pula ingin membuktikan dia tidak bersalah.



Allah berfirman bermaksud:

"Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam juga melarang umatnya daripada sikap suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’.

Tetapi, dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian.

Tujuannya untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat. Apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan menegah daripada berlakunya perkara sumbang.


Sebaliknya, bagi mendapatkan rahsia keaiban orang. Ia kemudian dijadikan modal untuk memburuk-burukkan orang itu. Islam menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Hal ini kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita dari terhebah kepada orang lain.

Antara sifat manusia yang suka menyebarkan khabar angin dan fitnah adalah hasad dengki dan iri hati. Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain.


Rasulullah bersabda bermaksud:

"Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam." (Hadis riwayat Muslim).

Sikap itu mungkin membawa kepada keadaan lebih buruk apabila timbul sikap benci membenci, tuduh-menuduh, caci-mencaci dan akhirnya perbalahan dan boleh mencetuskan pembunuhan. Sekiranya tidak ada orang yang sanggup menjadi perantara untuk melerai permusuhan daripada sifat berburuk sangka, penyebaran khabar angin, fitnah serta hasad dengki, tentu membawa kepada berlakunya perkara lebih buruk. Ia boleh meruntuhkan maruah dan peradaban manusia.

Dalam hal ini, kesabaran menjadi asas utama bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia. Bagi mengelakkan diri terbabit dengan sifat keji itu, eloklah beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali iaitu:

*Al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan).
*Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi).
*Kitmanus-sir (menyimpan rahsia).
*Al-hilm (lambat marah).
*As-syajaah (berani).
*Al-iffah (pemaaf).

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Janganlah kamu marah, janganlah kamu berhasad dengki dan janganlah kamu bermasam muka, sebaliknya jadikanlah kamu hamba Allah yang bersaudara." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



~ "Ya Allah, semoga aku ditetapkan iman dan tidak tergolong dalam golongan mereka yang suka menyebarkan fitnah & hasad dengki ini.. Kau lindungilah aku dah seluruh keluarga aku daripada mererka mereka ini Ya Allah.. amin"

Saturday, February 19, 2011

empayar kedah

meh pakat2 ke link kat bawah nih.. bg sesapa yg ingin nk tau bab2 sejarah.. aku pun dpt link ni dr member..

http://mindaahad.wordpress.com/2010/07/03/empayar-kedah-merong-maha-wangsa-sejarah-raja-melayu-yang-digelapkan/

selamat membace!~~

(^______^)